Sunday, September 26, 2010

Anjakan Paradigma

Paradigma adalah dari perkataan Greek ‘paradeigma’, yang membawa maksud model,
bentuk atau contoh. Maksud paradigma boleh diperjelaskan dengan kaedah kita melihat
sesuatu situasi atau keadaan berasaskan kepada andaian umum, dan bagaimana kita
boleh berjaya dalam lingkungan atau batasan yang ditetapkan

Anjakan paradigma menjuruskan kepada perpindahan dari satu situasi kepada situasi
yang baru, yang melibatkan perubahan peraturan dan prosedur. Dalam menyelesaikan
masalah, biasanya kita selesaikan yang senang dahulu dengan cepat dan cekap, kemudian
kita akan menghadapi proses penyelesaian yang perlahan kerana masalah masalah yang
tinggal itu tidak lagi mudah dan dengan kecekapannya menurun

Di sini kita perlu satu formula baru yang mungkin melibatkan peraturan dan prosedur. Bagi melaksanakannya, ia memerlukan paradigma baru atau perubahan paradigma. Secara ringkas bolehlah ditakrifkan bahawa anjakan paradigma adalah bisnes penemuan sesuatu yang akan
datang

0 comments:

Post a Comment