Sunday, October 31, 2010

Apa Itu Streamyx

Anda perlu faham bahawa line telefon yang biasa tidak boleh digunakan untuk sambungan ADSL (perhatian: Streamyx ialah jenama produk, teknologinya DSL) selagi ianya tidak disambungkan ke DSLAM (Digital Subscriber Line Access Multiplexer) yang berdekatan. Untuk pihak TM menyambungkan line telefon rumah anda supaya DSL boleh digunakan, anda perlulah mendaftar dengan perkhidmatan Streamyx terlebih dahulu.

Melalui post anda yang terdahulu, kami beranggapan anda membeli pekej Streamyx-in-a-box, dimana anda perlu meng'aktif'kan line rumah dengan menalifon ke TM. Beritahu kami jika anda membeli pekej yang lain atau cuma membeli modem tanpa daftar. Kalau anda masih berasa was-was sama ada nombor telefon rumah boleh dipasang dengan line Streamyx (maksudnya DSL), boleh rujuk dengan laman TM dibawah:

Streamyx Multimedia Inventory and Provisioning System (MIPS)

Ikut arahan untuk Daftar, pilih 'Setuju' pada laman Terms and Condition dan 'Proceed'. Selepas itu, laman seterusnya membolehkan anda masukkan pilihan jenis akaun (Perseorangan) dan pekej. Masukkan nombor telefon rumah dan 'Hantar'. Jangan khuatir, pada ketika ini pendaftaran belum lagi dimulakan. Ketika ini sistem TM akan membuat perkiraan sama ada nombor telefon tersebut boleh dipasang dengan Streamyx atau sebaliknya. Anda akan mendapat jawapan pada laman seterusnya.

Setelah berpuas hati, barulah anda teruskan pendaftaran ataupun menalipon semula TM tentang pekej yang anda telah beli. Saya rasa masalah kecil ini tak perlu diperbesar-besarkan, selesaikan satu persatu dengan tenang

0 comments:

Post a Comment