Thursday, December 30, 2010

Isu Laser piala AFF Suzuki

Sinaran Laser Lemah Tidak Jejaskan Pandangan Mata: Pakar Optometris

Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan pandangan mata manusia jika dipancarkan dari jarak jauh contohnya ketika satu perlawanan bola sepak, menurut seorang pakar optometris.

Bekas Pakar Pandangan Mata Hospital Pulau Pinang Dr Zahimi Chik berkata sinaran laser akan berbahaya kepada mata sekiranya ia mempunyai daya kekuatan yang tinggi seperti yang digunakan untuk pembedahan.

"Sinaran ini akan merosakkan retina jika ia terkena pada titik pandangan visual mata iaitu mekula walaupun dalam jangka masa singkat.

"Bagaimanapun, jika sinaran itu hanya daripada penunjuk laser seperti "laser pointer" yang digunakan orang ramai sekarang, ia tidak berbahaya kecuali dalam jarak dekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Dr Zahimi mengulas dakwaan pasukan bola sepak Indonesia tentang gangguan pada mata mereka ketika perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang skuad negara semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini akibat pancaran sinaran laser oleh penyokong Malaysia.

Beliau berkata sinaran laser yang mampu dibeli kini hanya mempunyai daya kekuatan yang lemah kerana ia dihasilkan dengan tujuan tidak membahayakan pengguna.

"Jika anda ingin memiliki sinaran laser yang kuat, ia menelan belanja jutaan ringgit untuk dimiliki.

"Mustahil untuk para penonton bola sepak membawa masuk alat pemancar laser yang boleh menjejaskan pandangan mata ke dalam stadium," katanya.

Menurut Dr Zahimi, sinaran laser itu mungkin mengakibatkan kesan penglihatan sementara jika disasarkan secara tetap selama beberapa minit di hadapan mata seseorang.

"Ketika perlawanan Malaysia dan Indonesia semalam, agak sukar untuk mensasarkan mata pemain dalam perlawanan kerana mereka sentiasa bergerak pantas sepanjang perlawanan," katanya.

Malaysia menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan itu sekaligus membawa bekalan selesa sebelum bertandang untuk perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia Rabu depan

Friday, December 17, 2010

Sams Streamyx

sams streamyx sams streamyx sams vendorcenter

Saturday, December 4, 2010

Perlis Dilanda Banjir

Perlis dilanda banjir pada 2 November 2010. Banjir ini berlarutan selama 5 hari. Banjir pada kali ini adalah lebih besar daripada banjir 2005. Kangar lumpuh. boleh dikatakan 70% perlis tenggelam

Perlis Dilanda Puting Beliung

Perlis dilanda puting beliung di kawasan Arau pada 28 Oktober 2010. dan selepas itu 2 November perlis dilanda banjir

One Buck Short Khayalan Masa

One Buck Short Khayalan Masa

Ku rasa bagaikan malam ini terang
Sungguh indah, seindah sinarnya
Terdengar dalam khayalan masa itu
Mungkin itu mimpi-mimpi dunia

Dalam senyap ku, ku tertanya
Ku tersenyum dalam bayanganmu

Menanti-nanti selama ini menunggukan cinta
Biar rasa ini bertahan untuk selama kita

Ku simpan kata mu terpahat dalam hati
Biarkan masa meniti jalanku
Diriku di sini tetap di sini
Hingga akhirnya kita berjumpa lagi

Dalam senyap ku, ku tertanya

Menant-nanti selama ini menunggukan cinta
Biar rasa ini bertahan untuk selama kita

Telah kau semarakan hidupku
Sayang, ini pesananku
Pedulikan berapa jauh kau berada
Aku sanggup tunggu masanya

Dalam kisah ku melayang-layang
Menarilah kita bersama-sama